Najib dipenjara: Perjuangan UMNO belum tamat

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Hukuman penjara dan denda yang diputuskan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan pengakhiran terhadap perjuangan UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya, kisah itu akan menjadi azimat penguat kepada parti itu untuk terus bersama dan lebih bersemangat dalam berjuang.

“Mereka menjangkakan api kemaraan UMNO akan terpadam dengan pemenjaraan Najib.

“Mereka mengharapkan muslihat mereka akan lebih mudah dicatur dan terlaksana, ternyata mereka tersilap mengatur percaturan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya pada Khamis.

Menurut Ahmad Zahid, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beberapa pihak pernah mendakwa UMNO telah tiada dan sudah berakhir.

“Mereka mahu menamatkan terus riwayat UMNO, namun berkat keazaman bersama kita berjaya menghalanginya,” katanya.

Ujarnya, selepas gagal dan melihat kebangkitan UMNO, pihak tertentu juga dilihat mahu menguasai parti terbesar orang Melayu ini.

“Namun berkat keazamaan pemimpin dan ahli UMNO yang setia, sekali lagi bersama kita berjaya menghalanginya.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, dapat jua disaksikan betapa mereka tetap bermuslihat untuk menawan dan mempergunakan UMNO,” kata beliau.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut meluahkan rasa syukur kepada pimpinan UMNO yang masih setia dan tidak mudah mengalah dalam perjuangan termasuk Najib yang disifatkan begitu banyak berjasa kepada parti.