Keputusan MCMC mengenai perjanjian DNB pada 29 Ogos

KUALA LUMPUR, 27 Ogos -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua, kiri) melancarkan Pusat Siber Bersepadu Axiata Cyber Fusion Center (ACFC) di Ibu Pejabat Celcom hari ini.
Turut kelihatan Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Idham Nawawi (tiga, kiri).

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 27 Ogos -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua, kiri) melancarkan Pusat Siber Bersepadu Axiata Cyber Fusion Center (ACFC) di Ibu Pejabat Celcom hari ini. Turut kelihatan Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Idham Nawawi (tiga, kiri). 
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

[KEMAS KINI] MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perbincangan mengenai perjanjian kepentingan Digital Nasional Bhd (DNB) berjalan dengan baik dan akan memenuhi tarikh akhir apabila pemeteraian oleh enam syarikat telekomunikasi akan diadakan pada 31 Ogos.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mempengerusikan mesyuarat pada 29 Ogos untuk memutuskan beberapa terma.

"Saya tahu apa yang akan diputuskan oleh MCMC dan ia baik untuk semua pihak. Saya yakin semua pihak boleh terima,” katanya dalam lawatan ke Celcom Business Tech Week 2022 dan pelancaran Axiata Group Bhd Cyber Fusion Centre (ACFC) pada Sabtu.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Kabinet pada Jumaat bersetuju agar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) sedia ada dipinda bagi memberikan peruntukan undang-undang yang lebih kukuh dalam mendepani ancaman keselamatan siber.

Katanya, cadangan pindaan itu dibentangkan beliau kepada Kabinet pada Jumaat dan telah dipersetujui.

"Diharap pada persidangan Parlimen akan datang, kami boleh bentangkan pindaan kedua-dua akta. Antara lain pindaan itu adalah untuk memperkukuh dan mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan aspek keselamatan siber,” katanya.

Annuar berkata, pindaan itu amat diperlukan kerana ekosistem perkhidmatan telekomunikasi negara kini berdepan dengan ancaman penipuan dalam talian dan penggodaman oleh individu tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:


- Bernama