Forum CEO India–Malaysia perkukuh komitmen ekonomi dua hala

Mesyuarat ke-10 Forum CEO India-Malaysia berakhir dengan jayanya, mengukuhkan kerjasama perdagangan, pelaburan dan pembangunan industri.
Mesyuarat ke-10 Forum CEO India-Malaysia berakhir dengan jayanya, mengukuhkan kerjasama perdagangan, pelaburan dan pembangunan industri.
A
A
A

MESYUARAT ke-10 Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) India–Malaysia berakhir dengan jayanya pada Sabtu, menghimpunkan tokoh perniagaan terkemuka dari kedua-dua negara bagi memperkukuh kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan pembangunan industri.

Forum yang berlangsung di Kuala Lumpur itu menilai kemajuan hubungan ekonomi dua hala serta merangka cadangan strategik bagi menyokong pertumbuhan inklusif dan mampan, selari dengan perubahan landskap ekonomi global.

Majlis perasmian forum disempurnakan oleh Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo, yang dalam ucaptamanya menekankan peralihan hubungan dua hala daripada perdagangan tradisional kepada kerjasama strategik berteraskan masa depan digital.

Menurut beliau, nilai perdagangan dua hala Malaysia–India kekal kukuh pada paras AS#18.2 bilion, disokong oleh Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia–India (MICECA).

Namun, katanya, tumpuan kini semakin beralih kepada sektor bernilai tinggi.

“Enjin sebenar pertumbuhan masa depan kita bukan lagi sekadar barangan fizikal, tetapi perisian, perkhidmatan dan platform digital,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama dua hala perlu mencerminkan realiti Revolusi Perindustrian Keempat, dengan penekanan kepada integrasi teknologi tinggi dan sinergi digital.

Forum yang berlangsung di Kuala Lumpur itu menilai kemajuan hubungan ekonomi dua hala serta merangka cadangan strategik bagi menyokong pertumbuhan inklusif dan mampan, selari dengan perubahan landskap ekonomi global.
Forum yang berlangsung di Kuala Lumpur itu menilai kemajuan hubungan ekonomi dua hala serta merangka cadangan strategik bagi menyokong pertumbuhan inklusif dan mampan, selari dengan perubahan landskap ekonomi global.

Artikel Berkaitan:

Forum CEO India–Malaysia yang ditubuhkan secara berstruktur bagi menghubungkan komuniti perniagaan kedua-dua negara ini disokong oleh Malaysia India Business Council (MIBC) sebagai sekretariat Malaysia dan Confederation of Indian Industry (CII) sebagai sekretariat India.

Perbincangan forum turut menegaskan hubungan erat Malaysia dan India yang dicirikan oleh pertukaran peringkat tinggi yang berterusan, hubungan komersial yang semakin berkembang serta jalinan hubungan rakyat ke rakyat yang kukuh.

Peserta memaklumkan bahawa perdagangan dua hala mencecah hampir AS$19.5 bilion pada 2025, selain menekankan kekuatan ekonomi kedua-dua negara yang saling melengkapi.

Antara fokus utama perbincangan ialah usaha memodenkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia–India (CECA), meningkatkan kerjasama dalam sektor baharu seperti semikonduktor, teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), serta pembentukan subkumpulan khas bagi memacu inisiatif berfokus.

Dalam kenyataan bersama, forum menekankan keperluan untuk menyemak CECA secara berstruktur, yang berkuat kuasa sejak Julai 2011, agar selari dengan keutamaan abad ke-21 termasuk perdagangan digital, perkhidmatan maju dan rantaian bekalan yang berdaya tahan.

Antara cadangan dikemukakan ialah peluasan skop perjanjian merangkumi fintech, tenaga boleh baharu dan penjagaan kesihatan; penambahbaikan peraturan asal untuk manfaat perusahaan kecil dan sederhana (PKS); pemudahan prosedur kastam; serta peningkatan hubungan melalui lebih banyak penerbangan dan laluan perkapalan terus.

Forum turut menggesa penyelarasan penambahbaikan CECA dengan semakan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN–India (AITIGA) bagi mengurangkan halangan kawal selia dan menggalakkan integrasi rantaian nilai serantau, khususnya dalam sektor elektronik dan semikonduktor.

Dalam aspek kerjasama digital dan AI, forum mengambil maklum pertumbuhan pesat ekonomi digital India yang diunjurkan menyumbang satu perlima pendapatan negara menjelang 2029–2030, disokong oleh ekosistem AI melalui Misi IndiaAI.

"Usaha ini dilihat saling melengkapi dengan agenda transformasi digital Malaysia di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif kedua-dua negara," kata kenyataan itu.

Kerjasama ini diperkukuh melalui penubuhan Majlis Digital Malaysia–India (MIDC) pada 2024, yang disifatkan sebagai langkah berwawasan dalam mendepani transformasi digital global.

"Forum bagaimanapun menegaskan keperluan untuk mempercepatkan pelaksanaan MIDC dengan pendekatan lebih berskala, berimpak dan boleh diukur," kata kenyataan itu lagi.

Cadangan utama yang dibincangkan termasuk kebolehoperasian sistem pembayaran UPI–PayNet bagi memudahkan pembayaran rentas sempadan, pertukaran kepakaran dalam infrastruktur awam digital, kerjasama fintech melalui dialog kawal selia, serta penubuhan akademi latihan AI bersama.

Bidang lain merangkumi kerjasama syarikat pemula, pusat data, keselamatan siber, serta teknologi generasi baharu seperti 5G dan kuantum.

Dalam sektor semikonduktor dan wafer, forum mengiktiraf sasaran pertumbuhan pesat India dengan nilai pasaran diunjurkan mencecah AS$100–110 bilion menjelang 2030 di bawah Misi Semikonduktor India.

Kepimpinan Malaysia dalam proses belakang semikonduktor, dengan pegangan 13 peratus pasaran global OSAT, meletakkannya sebagai rakan strategik utama.

Kerjasama berpotensi merangkumi pertukaran teknologi, usaha sama dalam pembungkusan dan ujian, pembuatan pintar serta penubuhan hab penyelidikan dan pembangunan bagi memperkukuh daya tahan rantaian bekalan.

Dalam sektor kesihatan, perbincangan menumpukan kepada peranan India sebagai peneraju global dalam ubat generik dan vaksin, dengan sasaran industri bernilai AS$130 bilion menjelang 2030.

Cadangan termasuk penyelarasan kawal selia, pengiktirafan bersama farmaseutikal, inisiatif kesihatan digital berasaskan AI dan penyelidikan bersama dalam biofarmaseutikal serta onkologi.

Bidang pendidikan dan pembangunan kemahiran turut dikenal pasti sebagai pemangkin penting, dengan saranan termasuk program PhD bersama, ijazah dwi, latihan vokasional dalam AI dan keselamatan siber, serta penubuhan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.

Forum turut mengenal pasti pembangunan infrastruktur sebagai sektor berpotensi tinggi, meliputi kerjasama model perkongsian awam-swasta (PPP), logistik maritim, kesalinghubungan serantau di bawah Dasar Act East India, infrastruktur digital serta inisiatif hijau seperti tenaga solar dan hidrogen.

Sebagai langkah ke hadapan, forum bersetuju mengekalkan dialog berterusan melalui subkumpulan sektor keutamaan termasuk CECA, Semikonduktor dan Wafer, Infrastruktur, Pendidikan dan Kemahiran, Kesihatan, serta Digital dan AI.

Pengerusi Bersama Malaysia Forum CEO India–Malaysia, Tan Sri Ir. Kuna Sittampalam, berkata mesyuarat itu mengukuhkan kepentingan strategik kerjasama dua hala dalam mendepani ketidaktentuan global, manakala Pengerusi Bersama India, Nikhil Meswani, menegaskan potensi besar penciptaan bersama dalam sektor digital, AI dan infrastruktur.

Forum turut merakamkan penghargaan terhadap peranan penting Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Perdana Menteri India, Narendra Modi, dalam meningkatkan hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif.

Forum CEO India–Malaysia terus kekal sebagai platform utama kerjasama industri dan kerajaan dalam memacu pertumbuhan inklusif serta memperkukuh hubungan antara dua ekonomi dinamik Asia.

Ringkasan AI

  • Mesyuarat ke-10 Forum CEO India-Malaysia berakhir dengan jayanya, mengukuhkan kerjasama perdagangan, pelaburan dan pembangunan industri
  • Menteri Digital Malaysia menekankan peralihan kerjasama dua hala kepada era digital dengan perdagangan dua hala kukuh pada USD18.2 bilion
  • Perbincangan utama forum termasuk memodenkan CECA, meningkatkan kerjasama dalam semikonduktor, teknologi digital, AI dan pembentukan subkumpulan khas
  • Kerjasama digital dan AI antara kedua negara diperkukuh dengan penubuhan Majlis Digital Malaysia-India pada 2024
  • Forum menegaskan keperluan untuk mempercepat pelaksanaan inisiatif bersama termasuk sistem pembayaran UPI-PayNet dan kerjasama dalam sektor semikonduktor, kesihatan dan pendidikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!