Covid-19: Kes mingguan menurun menjelang Hari Kebangsaan

Kes Covid-19 berlegar antara 3,000 hingga 5,000 pada minggu-minggu awal Ogos dengan angka tertinggi sebanyak 5,330 kes pada 3 Ogos 2022.
Kes Covid-19 berlegar antara 3,000 hingga 5,000 pada minggu-minggu awal Ogos dengan angka tertinggi sebanyak 5,330 kes pada 3 Ogos 2022.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hanya 19,022 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan sepanjang minggu ini (20 Ogos - 26 Ogos) berbanding 24,322 kes pada minggu lepas (13 Ogos -19 Ogos).

Data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan kes harian baharu kekal di bawah paras 3,000 dari 20 Ogos sehingga 24 Ogos sebelum kembali meningkat kepada 3,206 kes pada 25 Ogos dan 3,118 kes semalam (26 Ogos).

Perkembangan positif ini berbanding angka kes yang berlegar antara 3,000 hingga 5,000 pada minggu-minggu awal Ogos dengan angka tertinggi sebanyak 5,330 kes pada 3 Ogos 2022.

Daripada 3,118 kes semalam, tujuh kes adalah kes import. Sebanyak enam lagi kes kematian pesakit Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian untuk tempoh Rangkuman ini sebanyak 61 kes. Kumulatif kes kematian negara akibat Covid-19 setakat ini sebanyak 36,161 kes.

Menurut data itu lagi, sehingga pukul 11:59 malam 26 Ogos 2022, daripada 3,118 kes, hanya Selangor mencatat kes empat angka (1,080 kes).

Lima negeri mencatat kes tiga angka iaitu WP Kuala Lumpur (611), Sabah (294), Perak (244), Negeri Sembilan (160) dan Sarawak (105).

Sembilan negeri lain melaporkan kes dua angka iaitu Melaka (97), Pulau Pinang (95), Kelantan (94), Johor (82), Pahang (69), Kedah (65), WP Putrajaya (56), Terengganu (46) dan Perlis (12).

WP Labuan mencatat kes satu angka (lapan).

Artikel Berkaitan:

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 20 Ogos hingga 26 Ogos 2022:-

20 Ogos (2,798), 21 Ogos (2,464), 22 Ogos (2,078), 23 Ogos (2,722), 24 Ogos (2,636), 25 Ogos (3,206) dan 26 Ogos (3,118).

Kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 13 Ogos hingga 19 Ogos 2022:-

13 Ogos (4,334), 14 Ogos (3,045), 15 Ogos (2,437), 16 Ogos (3,429), 17 Ogos (3,516), 18 Ogos (4,071) dan 19 Ogos (3,490).

Negara jiran Singapura turut melaporkan kes harian Covid-19 yang rendah berbanding sebelum ini yang mencecah sehingga lima angka, seperti berikut:-

20 Ogos (2,660), 21 Ogos (1,951), 22 Ogos (1,694), 23 Ogos (3,627), 24 Ogos (2,645), 25 Ogos (2,397) dan 26 Ogos (2,132).

Untuk tempoh Rangkuman ini, KKM melaporkan hanya tiga (3) kluster baharu iaitu satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi pada 22 Ogos (Kluster Jalan Besar Tanjung 3) di Kinta, Perak (26 kes) dan dua (2) kluster tempat kerja di Kuala Langat, Selangor (Kluster Jalan Seri Cheeding/11 kes dan Kluster Industri Persiaran Graphite/14 kes).

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,066 kluster dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 25 Ogos, sebanyak 31 kluster masih aktif.

Sebanyak 3,363 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 25 Ogos 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,699,584 kes.

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 malam 26 Ogos 2022 menunjukkan 34,294 kes (96.0 peratus) dikuarantin di rumah daripada 35,737 kes aktif.

Sebanyak 23 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,345 kes (3.8 peratus) di hospital; 30 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 45 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan Covid-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dengan sebanyak 4,771,512 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,813 kes dan Austria (4,886,600).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun yang kini berdepan dengan gelombang ke-7 Covid-19, masih mencatat kes harian baharu tertinggi (227,139) diikuti Korea Selatan (101,064) dan Amerika Syarikat (60,658).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,068,811 kes.

SENARIO Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh:-

20 Ogos (4,669), 21 Ogos (4,427), 22 Ogos (3,290), 23 Ogos (4,856), 24 Ogos (3,206), 25 Ogos (2,180) dan 26 Ogos (3,363).

* kes kumulatif sembuh sehingga 26 Ogos 2022 sebanyak 4,699,584.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

20 Ogos (40,890), 21 Ogos (38,918), 22 Ogos (37,696), 23 Ogos (35,551), 24 Ogos (34,970), 25 Ogos (35,988) dan 26 Ogos (35,737).

Perincian kes harian baharu (3,118 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59 malam 26 Ogos 2022

* (+kes import)

Empat angka - Selangor 1,080 (+0)

Tiga angka - WP Kuala Lumpur 611 (+0), Sabah 292 (+2), Perak 243 (+1), Negeri Sembilan 160 (+0)

dan Sarawak 104 (+1)

Dua angka - Melaka 97 (+0), Pulau Pinang 95 (+0), Kelantan 94 (+0), Johor 81 (+1), Pahang 69 (+0),

Kedah 63 (+2), WP Putrajaya 56 (+0), Terengganu 46 (+0) dan Perlis 12 (+0)

Satu angka - WP Labuan (lapan)

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

20 Ogos - Kes baharu 2,798; Kes kumulatif 4,755,288 ; Kes import lima

21 Ogos - Kes baharu 2,464; Kes kumulatif 4,757,752 ; Kes import 16

22 Ogos - Kes baharu 2,078; Kes kumulatif 4,759,830 ; Kes import 12

23 Ogos - Kes baharu 2,722; Kes kumulatif 4,762,552 ; Kes import lima

24 Ogos - Kes baharu 2,636; Kes kumulatif 4,765,188 ; Kes import lima

25 Ogos - Kes baharu 3,206; Kes kumulatif 4,768,394 ; Kes import empat

26 Ogos - Kes baharu 3,118; Kes kumulatif 4,771,512 ; Kes import tujuh

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

20 Ogos - 2 (tempat kerja)

Kluster Jalan Seri Cheeding (Kuala Langat, Selangor) - 11 kes

Kluster Industri Persiaran Graphite (Kuala Langat, Selangor) - 14 kes

21 Ogos - tiada kluster

22 Ogos - 1 (kumpulan berisiko tinggi)

Kluster Jalan Besar Tanjung 3 (Kinta, Perak) - 26 kes

23 Ogos - tiada kluster

24 Ogos - tiada kluster

25 Ogos - tiada kluster

26 Ogos - tiada kluster

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,066 kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (26 Ogos), 31 kluster yang masih aktif.

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

20 Ogos - 6 (BID 1), 21 Ogos - 9 (BID 0 ), 22 Ogos - 10 (BID 3 ), 23 Ogos - 11 (BID 3 ), 24 Ogos - 11 (BID 5), 25 Ogos - 8 (BID 1) dan 26 Ogos - 6 (BID 3).

*Jumlah kes kematian sehingga 26 Ogos 2022, sebanyak 36,191 kes.

STATISTIK GLOBAL Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 604,892,165 kes berbanding 599,698,375 kes pada minggu lepas dengan 6,485,604 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,469,373). Sebanyak 579,773,235 kes sembuh dilaporkan berbanding 573,708,279 kes pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 95,966,867 (+60,658)

India 44,389,176 (+tiada maklumat)

Perancis 34,446,854 (+18,116)

Brazil 34,368,909(+18,270)

Jerman 32,008,122 (+tiada maklumat)

United Kingdom 23,492,875 (+tiada maklumat)

Korea Selatan 22,802,985 (+101,064)

Itali 21,767,060 (+21,995)

Rusia 19,311,973 (+46,452)

Japan 17,983,787 (+227,139)

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,399,400 (+3,195)

Indonesia di tangga 19 - 6,338,906 (+4,549)

Malaysia di tangga 27 - 4,771,512 (+3,118)

Thailand di tangga 29 - 4,643,012 (+1,749)

Filipina di tangga 38 - 3,869,976 (+2,986)

Singapura di tangga 47 - 1,829,361 (+2,132)

Myanmar di tangga 84 - 614,573 (+tiada maklumat)

Brunei di tangga 112 - 220,245 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 213,691 (+100)

Kampuchea di tangga 125 - 137,519 (+22) - Bernama