Malaysia #QuranHour di Kedah sasar 500 peserta

Saloni
Saloni
A
A
A

ALOR SETAR - Malaysia#Quran Hour menyasarkan kira-kira 500 peserta membabitkan pelbagai peringkat umur di Kedah pada 30 Ogos ini.

Wakil Rumah Ngaji Kedah, Saloni Mustaffa berkata, Malaysia #QuranHour di Kedah ini diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Rumah Ngaji Kedah.

Menurut beliau, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPANK) akan menjadi antara lokasi utama penganjuran Malaysia#Quran Hour di Kedah.

“Selain itu, kempen peringkat negeri yang mengangkat surah al-Sajadah sebagai surah pilihan juga akan berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah.

“Antara lokasi utama lain di Kedah termasuklah Sekolah Menengah Agama Baling,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Saloni menyatakan, pihaknya menyasarkan 500 peserta dalam program yang akan berlangsung selama satu jam bermula 12 tengah hari hingga 1 tengah hari nanti.

Beliau memberitahu, kempen peringkat negeri yang akan berlangsung dalam tempoh lima hari lagi turut mendapat kerjasama perpustakaan daerah dan wakil pelbagai jabatan.

Menurut Saloni, kempen mengangkat surah al-Sajadah untuk mengajak pemimpin dan rakyat bersujud, bersedekah dan sabar untuk memecah kesombongan dalam membina Baldatun Toyyiban wa Rabbun Ghafur selari dengan tema Hari Kebangsaan 2022; Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Artikel Berkaitan: