Warga emas maut dihempap dinding konkrit

Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang dihempap dinding konkrit dalam kejadian di Kampung Padang Midin, di Kuala Terengganu, pada Rabu. - Foto Ihsan Bomba
Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang dihempap dinding konkrit dalam kejadian di Kampung Padang Midin, di Kuala Terengganu, pada Rabu. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas maut akibat dihempap dinding konkrit rumah ketika melakukan kerja-kerja menebang pokok di Kampung Padang Midin disini, pada Rabu

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Ibni Hajar berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian menimpa mangsa, Zamri Jusoh, 60 kira-kira jam 9.28 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota bomba bersama dua jentera bomba iaitu water tender dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba di lokasi kejadian kira-kira jam 9.35 pagi dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan air 'lifting bag' selesai 20 minit kemudian.

"Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 9.52 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi disini, pada Rabu.

Rozizah berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: