Presiden UMNO adakan taklimat khas Sabtu ini

Tangkap layar di Twitter Ahmad Maslan.
Tangkap layar di Twitter Ahmad Maslan.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu taklimat khas daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dijangka akan diadakan Sabtu ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan rasmi Twitternya pada Rabu.

Beliau berkata, taklimat yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur itu akan membincangkan mengenai isu semasa dan terkini.

“Semua ahli jawatankuasa UMNO Bahagian dan pimpinan dijemput hadir serta mengenakan pakaian berbaju merah UMNO,” ciapnya.

Artikel Berkaitan: