Pertemuan 'Top 5' UMNO di Seri Perdana

Kenderaan dipercayai membawa pemimpin UMNO memasuki Kompleks Seri Perdana, lewat petang Isnin.
Kenderaan dipercayai membawa pemimpin UMNO memasuki Kompleks Seri Perdana, lewat petang Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Beberapa pemimpin dipercayai 'Top 5' UMNO tiba di Kompleks Seri Perdana bagi menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kenderaan milik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilihat memasuki Kompleks Seri Perdana sekitar jam 6 petang, pada Isnin.

Sementara itu, jam 7.45 malam, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire hitam turut tiba memasuki kompleks itu, namun tidak dapat dipastikan ia milik siapa.

Antara petugas media berkumpul di hadapan Kompleks Seri Perdana bagi mendapatkan maklumat terkini.
Antara petugas media berkumpul di hadapan Kompleks Seri Perdana bagi mendapatkan maklumat terkini.

Sumber mengesahkan pertemuan antara pemimpin itu berlangsung sekitar jam 8 malam ini.

Kediaman rasmi Perdana Menteri itu menjadi tumpuan pemberita sejak jam 5.30 petang tadi lagi.

Sementara itu, portal melaporkan pertemuan itu dibuat selepas Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bera tidak hadir pada pertemuan tergempar di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur pada Isnin.

Artikel Berkaitan: