Gesa tubuh RCI siasat rasuah, penyelewengan LCS

Liew Chin Tong
Liew Chin Tong
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menggesa Jemaah Menteri menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat rasuah dan penyelewengan dalam perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Selain itu, beliau turut meminta Jemaah Menteri mencadangkan hala tuju, penggubalan undang-undang dan tata kelola baharu bagi mengelakkan pengulangan penyelewengan seperti projek LCS dan projek kapal peronda generasi baharu (NGPV).

“Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkenaan projek LCS dan projek NGPV dibentangkan kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Ogos 2019 dan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan serta-merta.

“JKSTUPKK juga siasat 16 kes ‘land swap’ dan 12 kes didapati bermasalah. Laporan dinyahklasifikasi pada April 2019 dan diserahkan kepada SPRM,” ciapnya di Twitter milik beliau pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar SPRM mengambil tindakan serta-merta dengan mengumpul maklumat dan bukti yang cukup untuk siasatan, tangkapan serta pendakwaan terhadap individu yang terlibat.

“SPRM hantar wakil ke prosiding PAC.

Mereka juga terima semua laporan JKSTUPKK dan Laporan Pengauditan Forensik projek LCS.

“SPRM patut ada maklumat dan bukti yang cukup untuk siasatan, tangkapan serta pendakwaan terhadap individu-individu yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

“SPRM perlu ambil tindakan serta merta,” katanya.