Chelsea optimis tandatangani Aubameyang

Aubameyang. - Foto GettyImages
Aubameyang. - Foto GettyImages
A
A
A

CHELSEA optimis untuk menandatangani penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang dalam masa terdekat.

Menurut satu kenyataan daripada kelab berkenaan pada Selasa, usaha menandatangani penyerang kelahiran Perancis itu sudah memasuki peringkat akhir dan bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Kita sudah di peringkat akhir untuk membawa masuk Aubameyang ke Stamford Bridge dan sebarang perkembangan terkini mengenainya akan kita umumkan kemudian.

“Yang pasti, pengendali Chelsea, Thomas Tuchel memang mahukan Aubameyang dalam usaha mengukuhkan jentera serangan pasukan.

“Pada masa sama, kita juga dimaklumkan bahawa Aubameyang juga mahu meninggalkan Bercelona,” menurut kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, kehadiran Aubameyang dilihat bakal membantu mempertajamkan lagi jentera serangan The Blues bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Malah kehadiran penyerang Gabon berusia 33 tahun itu akan membantu Tuchel sebagaimana yang pernah dilakukannya ketika beraksi di Borussia Dortmund, sebelum ini.

Sementara itu, Chelsea juga dikhabarkan sedang berusaha mendapatkan pertahanan Everton, Anthony Gordon bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan.

Artikel Berkaitan:

“Chelsea juga berusaha membawa masuk Gordon dan usaha berkenaan sedang berjalan dengan baik ketika ini,” jelas kenyataan terbabit.