Teater Muzikal Moyang Salleh berubah lokasi, tarikh

Kenyataan bersama dikeluarkan Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu dan Persatuan Karyawan Negeri Sembilan pada Selasa. Laporan Sinar Harian Jun lalu.
Kenyataan bersama dikeluarkan Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu dan Persatuan Karyawan Negeri Sembilan pada Selasa. Laporan Sinar Harian Jun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu dan Persatuan Karyawan Negeri Sembilan memaklumkan teater Muzikal Moyang Salleh yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 31 Ogos ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur dibatalkan.

Pementasan teater karya Subroto Katimin arahan Roslee Mansor itu tidak dapat dilaksanakan kerana pihak produksi tidak mendapat penajaan yang mencukupi untuk menampung kos produksi.

"Bagaimanapun, sukacita dimaklumkan persembahan Muzikal Moyang Salleh diteruskan pada 23 hingga 25 September 2022 di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN NS)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Pengerusi Persatuan Karyawan Negeri Sembilan, Siti Salbiah Zahari dan wakil Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu, Mohd Yunus Md Ali.

Tambah mereka, bagi yang telah membeli tiket dan ingin membatalkan pembelian boleh menghubungi talian 011- 13297822 (Ilassoticket.com) dan 018-2755981 (urus setia) untuk keterangan lanjut.

"Begitupun bagi mereka yang ingin terus menonton, boleh dibawa ke hadapan untuk tarikh baharu persembahan.

"Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat Teater Muzikal Moyang Salleh yang menantikan persembahan ini serta semua yang menyokong industri seni dan budaya tanah air," ujar mereka.

Artikel Berkaitan: