Klopp mula rasa bahang

Tiada jalan pintas buat Klopp untuk keluar daripada aksi hambar Liverpool pada awal musim ini. - Foto Agensi.
Tiada jalan pintas buat Klopp untuk keluar daripada aksi hambar Liverpool pada awal musim ini. - Foto Agensi.
A
A
A

PERMULAAN hambar Liverpool pada peringkat awal saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini meresahkan pengendalinya, Jurgen Klopp.

Tiga bulan lalu The Reds berada di ambang menjulang tiga trofi, namun selepas tiga perlawanan musim ini, mereka masih belum mencatat kemenangan.

Kekalahan 2-1 di Old Trafford pada Selasa menyaksikan Liverpool dipintas Manchester United yang dibelasah Brentford 4-0 minggu lalu.

Permulaan terburuk The Reds pada dekad ini meletakkan mereka lima mata di belakang juara bertahan Manchester City dan tujuh di belakang pendahulu, Arsenal.

"Ia bukan perkara paling elok untuk dilihat, ia amat jelas sekali," ujar Klopp selepas pasukannya tergelincir ke tangga ke-16 liga.

Lebih merisaukan pengendali dari Jerman itu ialah tiada jalan penyelesaian pantas untuk mengatasi isu yang menyebabkan permulaan hambar mereka kali ini.

Krisis kecederaan awal musim menyebabkan Thiago Alcantara, Naby Keita, Ibrahima Konate, Joel Matip dan Diogo Jota tidak dapat diturunkan dalam kunjungan ke Old Trafford.

Darwin Nunez turut tidak dapat beraksi selepas penyerang itu dikenakan penggantungan tiga perlawanan susulan kad merah diterimanya selepas mengasari pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Tanpa Thiago dan Keita, pemain 36 tahun James Milner dan Harvey Elliott, 19,

mengemudi barisan tengah bersama kapten Jordan Henderson.

Pemain pertahanan The Reds, Andy Robertson menyifatkan permulaan yang suram itu bukan sesuatu yang dimahukan dan mereka perlu keluar daripada situasi sukar tersebut.

"Kami memberikan setiap pasukan gol pembukaan, kami tidak boleh berterusan menjadikan kedudukan sukar buat diri sendiri.

"Ketika sesi memanaskan badan, stadium begitu sunyi dan mereka memerlukan sesuatu untuk menaikkan semangat mereka dan kami memberikannya.

"Dua mata daripada sembilan ditawarkan bukan permulaan yang kami mahukan. Kami perlu meningkatkan persembahan individu dan berpasukan.

"Mudah untuk memperkatakannya di dalam bilik persalinan. Kami perlu keluar dan melakukannya. Kami tidak boleh terus dibolosi. Mereka bermula lebih baik. Ia perlu berubah," ujar Robertson.