Najib mohon Ketua Hakim Negara tarik diri

Tengku Maimun
Tengku Maimun
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Datuk Seri Najib Tun Razak membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.

Peguam, Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama bekas Perdana Menteri itu, berkata demikian ketika prosiding rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda dikenakan terhadap Najib berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

“Ia dibuat dengan penuh rasa hormat berdasarkan isu perundangan. Arahan yang kami terima adalah untuk memfailkan permohonan ini,” kata Hisyam.

Menerusi afidavit sokongan yang difailkan pada Isnin, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, permohonan bukanlah dibuat untuk mengaibkan Mahkamah (terutama Tengku Maimum) dan prosiding-prosiding yang sedang berlangsung

Sebaliknya beliau berkata, permohonan dibuat demi melindungi kebebasan badan kehakiman, lebih-lebih lagi menjaga reputasinya terhadap pandangan awam.

Katanya, pada 17 Ogos lalu, dia menyedari terdapat satu hantaran di laman sosial Facebook yang telah diterbitkan oleh seorang individu bernama Zamani Ibrahim pada 11 Mei 2018.

“Saya percaya Zamani merupakan suami kepada Tengku Maimun yang merupakan pengerusi panel hakim yang sedang mendengar rayuan akhir saya dalam kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

“Berdasarkan perkembangan baharu ini, dibimbangi Zamani mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepimpinan saya di negara ini,” katanya.

Susulan itu Najib, 69, berkata, ada berkemungkinan Zamani akan mempengaruhi pemikiran Tengku Maimun.

Beliau berkata, sifat hubungan suami-isteri itu memungkinan bahawa pemikiran Tengku Maimun terkesan tanpa disedari, melalui sentimen suami itu.

Artikel Berkaitan:


Prosiding ditangguhkan sementara untuk keputusan.