Masjid Sultan Abdullah jadi saksi Malaysia #QuranHour di Melaka

Nur Atikah (empat dari kiri) bersama sahabat Rumah Ngaji Melaka yang akan menjayakan program di Masjid Sultan Abdullah, Masjid Tanah.
Nur Atikah (empat dari kiri) bersama sahabat Rumah Ngaji Melaka yang akan menjayakan program di Masjid Sultan Abdullah, Masjid Tanah.
A
A
A

MELAKA - Masjid Sultan Abdullah, Masjid Tanah di sini, bakal menjadi saksi bergemanya ayat suci al-Quran sempena Malaysia #QuranHour di Melaka pada 30 Ogos ini.

Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Melaka, Nur Atikah Amir berkata, program itu julung kali diadakan di masjid berkenaan bagi menyemarakkan pengisian sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada tahun ini.

Menurutnya, #QuranHour masuk tahun ke-7 itu akan direalisasikan dengan kerjasama dan sokongan rakan sinergi temasuk pihak masjid, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Universiti Melaka (UNIMEL) dan rakan Rumah Ngaji sekitar negeri ini.

"Bertemakan Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang, usaha berkumpul itu menjadi lebih bermakna dengan pengisian tadabbur surah Al- Sajdah.

"Kita berharap umat sekitar masjid itu dapat bersama menjayakan program tersebut yang bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari," katanya kepada Sinar Harian.

Nur Atikah (dua,kiri) ketika memberi penerangan berkenaan Surah Al-Sajdah yang dipilih sebagai pengisian pada 30 Ogos ini.
Nur Atikah (dua,kiri) ketika memberi penerangan berkenaan Surah Al-Sajdah yang dipilih sebagai pengisian pada 30 Ogos ini.

Ujar Nur Atikah, ia juga akan diserikan dengan sesi motivasi al-Quran bertajuk Apa Matlamat Hidup yang disampaikan oleh Mohd Hakim Mohd Nor yang juga penyelaras Akademi Jiwa Hamba.

Selain itu, kata Nur Atikah, bacaan surah berkenaan akan diketuai oleh Qari Muhammad Khairi Maidin dan pentadabbur Dr Muhammad Arif Musa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Artikel Berkaitan:

"Dengan adanya pengisian surah Al-Sajdah ini dapat mengajak peserta untuk tunduk dan bersujud kepada ALLAH SWT,” kata Nur Atikah.