Noraini bakal dilantik Pengerusi PAC?

 Dr Noraini Ahmad
Dr Noraini Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad dijangka dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) abgi menggantikan penyandang sebelum ini yang menyertai parti Bersatu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka membentangkan usul bagi memilih Noraini menggantikan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran pada sesi persidangan kali ini.

Perkara itu dinyatakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat hari ini, bilangan kesembilan.

Noraini yang juga Ketua Wanita Umno dilantik sebagai ahli PAC pada Ogos 2018 bagi menggantikan bekas Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin.

BN menamakannya sebagai pengerusi selepas Ronald yang dahulunya pemimpin Umno Sabah menyertai Bersatu pada 15 Mac lalu.

Pertukaran jawatan itu susulan bantahan selama beberapa minggu oleh wakil rakyat dan orang ramai yang mahu kerajaan memutuskan untuk mengadakan usul menggantikan Pengerusi PAC dengan Ahli Parlimen pembangkang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan daripada PAC kerana bertegas agar jawatankuasa itu dipengerusikan pembangkang, seperti manifesto PH dalam PRU14 lalu.

Artikel Berkaitan: