ECERDC bantu perkasa pendigitalan PKS

Wan Mohd Hasnan (dua, kanan) melawat gerai jualan peserta semasa Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan empower ECER, di Dewan Damai Sari, Tawang, Bachok pada Ahad.
Wan Mohd Hasnan (dua, kanan) melawat gerai jualan peserta semasa Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan empower ECER, di Dewan Damai Sari, Tawang, Bachok pada Ahad.
A
A
A

BACHOK - Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) menggembleng kepakaran dalam usaha memperkasakan pendigitalan bagi membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkatkan hasil jualan.

Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan ECERDC, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, platfrom digital menyediakan pelbagai peluang kepada PKS untuk mengembangkan operasi, meningkatkan jualan melalui Shopee dan FoodPanda.

"Melalui pendigitalan ia dapat meningkatkan pendapatan isi rumah melebihi 50 peratus daripada pendapatan sebelum ini,"katanya semasa merasmikan Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan empower ECER, di Dewan Damai Sari, Tawang, pada Ahad.

Menurut Wan Mohd Hasnan, ia sekali gus mampu mengeluarkan peserta PKS terdiri daripada golongan belia, suri rumah dan dewasa berpendapatan rendah, B40 serta kurang bernasib keluar daripada garis kemiskinan.

Katanya, program tersebut melibatkan peserta dari empat jajahan iaitu Bachok, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Beliau berkata, digitalisasi merupakan komponen cukup penting dalam semua aspek dan ia ternyata memberi manfaat cukup besar kepada usahawan PKS.

"Diharap dengan cara ini para usahawan akan terus berdaya saing, lestari dan mencatatkan keuntungan ketika negara dalam peralihan fasa endemik," katanya.