4,334 kes Covid-19, 10 kematian

Sebanyak 4,334 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu. - Foto 123rf
Sebanyak 4,334 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu. - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 4,334 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,080 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 44,617, dengan 42,926 atau 96.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 28 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,595 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Terdapat 68 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 44 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 5,082 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,651,805 kes.

Artikel Berkaitan: