3,942 kes baharu Covid-19, empat kematian

Empat kes kematian turut dilaporkan dengan satu kes di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Empat kes kematian turut dilaporkan dengan satu kes di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
A
A
A

SHAH ALAM - Kes baharu Covid-19 dilaporkan menurun hampir 1,000 kes pada Jumaat, iaitu 3,942 kes berbanding 4,831 kes pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data di portal CovidNow, pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Dalam pada itu sebanyak empat kes kematian turut dilaporkan dengan satu kes di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,070 orang.

Sementara itu, sebanyak 1,577 kes kini dirawat di hospital dengan 66 daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam pada itu, portal tersebut turut melaporkan sejumlah 45,375 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 43,701 pesakit kuarantin di rumah, 1,577 menerima rawatan di hospital dan 31 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC

Seramai 45 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan manakala jumlah kes sembuh yang dicatatkan adalah 4,645 kes.

Artikel Berkaitan: