Urban Malaria di negara ini masih terkawal

Noor Hisham (kanan) pada sidang akhbar Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Johor di Tebing@Bandar Dato Onn pada Jumaat.
Noor Hisham (kanan) pada sidang akhbar Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Johor di [email protected] Dato Onn pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Isu Urban Malaria yang melanda Pulau Pinang berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi masih dalam keadaan terkawal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini masih belum terdapat kes kematian dilaporkan.

"Kebanyakan kes malaria yang dibawa masuk adalah malaria dari negara-negara Afrika. Justeru saringan kesihatan di peringkat awal adalah amat penting.

"Golongan majikan perlu memastikan menjalankan saringan kesihatan sebelum mengambil pekerja-pekerja warga asing ke negara ini.

"Dengan cara itu, kita boleh mengenal pasti di peringkat awal. Setakat ini keadaan masih terkawal dan mendapati kes malaria ini bukan kes tempatan tetapi dibawa masuk dari luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Johor di [email protected] Dato Onn, di sini pada Jumaat.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Khairy Jamalaluddin dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada Khamis media melaporkan Pulau Pinang menghadapi kemelut Urban Malaria berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi yang tidak diketahui status kesihatan mereka.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Ma'arof Sudin berkata ekoran itu, majikan sektor swasta yang mempunyai pekerja warga asing perlu memberikan maklumat pekerja mereka dari negara endemik malaria kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan supaya pihaknya mempunyai rekod.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai virus baharu, Langya yang dikesan di China, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan akan memantau penularan virus itu.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang kes dilaporkan di negara ini berkaitan jangkitan virus berkenaan.

"Jangkitan itu bersifat jangkitan setempat, ia tidak merebak lagi. Bagaimanapun, kita akan pantau perkembangannya," katanya.

Selepas koronavirus yang mengakibatkan Covid-19, China memberi amaran virus baharu, Langya yang menjangkiti warga republik itu.

Langya muncul sebagai virus yang mencetuskan kebimbangan setelah menjangkiti 35 individu di provinsi Henan dan Shandong di Timur China.