Keluarga nafi tawar ganjaran cari Acap

Yahya (kanan) menyampaikan taklimat kepada pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang turut serta membantu mencari Acap, hari ini.
Yahya (kanan) menyampaikan taklimat kepada pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang turut serta membantu mencari Acap, hari ini.
A
A
A

GOPENG - Keluarga peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, menafikan menawarkan sebarang ganjaran berbentuk wang tunai kepada pihak yang berjaya menemui mangsa.

Abang Mohammad Ashraf, Mohd Zahiruddin, 35, berkata, pihaknya kesal apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada kehilangan adiknya itu.

“Kami ada dengar mereka menawarkan sehingga puluhan ribu ringgit. Tular itu adalah palsu. Tidak perlu layan dengan khabar-khabar angin ini kerana fokus pencarian kami adalah untuk mencari Acap.

“Kami juga tidak mengetahui atau mengenali dengan pihak yang cuba mengutip derma kilat untuk sukarelawan yang terlibat dalam mencari Acap,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai untuk tidak percaya sebarang hebahan meminta bantuan kewangan atau ganjaran yang meragukan.

“Tidak dinafikan ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menangguk dalam air keruh. Bagaimanapun, orang ramai diminta merujuk dengan Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim.

“Setakat ini belum ada laporan yang diterima berhubung dengan perkara itu namun, orang ramai diminta berhati-hati jangan percaya dengan ganjaran dan meminta wang mencari mangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan: