Boost tawar ganjaran kesetiaan bayaran bil

Ungku Norliza Syazwan
Ungku Norliza Syazwan
A
A
A

[DIKEMASKINI] MESKIPUN berlaku peralihan cara pengguna berbelanja akibat penurunan kuasa beli namun penyelesaian teknologi kewangan mencatatkan peningkatan penggunaan bayaran digital di seluruh negara.

Ia termasuk pembayaran digital, e-dagang, dan inisiatif digital kerajaan yang mempermudahkan urusan serta memperkasakan pengguna ke arah mencapai kebebasan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, peniaga yang berjaya menggabungkan perkhidmatan kewangan itu ke dalam strategi perniagaan mereka akan dapat menguasai permintaan digital yang semakin meningkat.

“Melalui tinjauan pasaran, kami telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia sedang mencari jalan untuk memudahkan kehidupan mereka.

“Lebih 30 peratus daripada responden bergelut dalam menyelaras bil dan tarikh akhir bayaran selain melaksanakan tanggungjawab yang lain dalam kehidupan harian.

“Tambahan lagi, hampir 70 peratus membantu menguruskan bil bagi tanggungan mereka, dan ini menyebabkan ramai yang berharap untuk kebolehan membayar pelbagai bil secara sekali gus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Justeru, tambahnya, aplikasi Boost menyediakan ciri pengurusan pembayaran bil dikenali BoostBills yang menyatukan semua maklumat bil ke dalam satu paparan.

"Ia memudahkan pengguna untuk mengetahui jumlah amaun yang tertunggak dan tarikh akhir daripada lebih 50 pembekal perkhidmatan bil selain mempunyai fungsi pembayaran automatik, BoostBills.

“Kami juga menawarkan fungsi Boost PayLater patuh syariah untuk pembayaran yang fleksibel dan banyak lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norliza berkata, menurut kajian pasaran, lebih 80 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka lebih gemar membeli-belah daripada kedai yang menawarkan ganjaran kesetiaan.

Tambahnya, bukan sekadar diskaun atau promosi bermusim, peniaga perlu menawarkan program kesetiaan yang komprehensif dan sentiasa aktif yang mampan.

“Aplikasi fintech seperti Boost, contohnya boleh menangani cabaran ini kerana ia mempunyai program ganjaran kesetiaan BoostUP dan dengan setiap ringgit yang dibelanjakan, pengguna akan mendapat Boost Stars.

“Melalui Boost Stars yang dikumpul, pengguna boleh menebus hadiah percuma, baucar diskaun dan banyak lagi di Katalog Ganjaran BoostUP sepanjang tahun menjadikan Boost Stars setara dengan wang tunai,” ujarnya.