Status kapal OPV Maritim Malaysia pula jadi tanda tanya

Pembinaan kapal tidak sepatutnya lewat kerana tiada spesifikasi teknikal lebih maju berbanding kapal LCS. Spesifikasi reka bentuk dan teknologi tidak banyak berubah.
Pembinaan kapal tidak sepatutnya lewat kerana tiada spesifikasi teknikal lebih maju berbanding kapal LCS. Spesifikasi reka bentuk dan teknologi tidak banyak berubah.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Selepas negara dikejutkan dengan kontroversi mengenai kapal tempur persisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kini timbul tanda tanya mengenai status tiga kapal peronda persisir pantai (OPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Difahamkan, Maritim Malaysia sepatutnya menerima sebuah kapal OPV bulan ini setelah kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy Engineering (TH Heavy) untuk menyiapkan tiga kapal OPV berkenaan.

Berdasarkan laporan media pada Jun lalu, Maritim Malaysia memaklumkan agensi itu tidak menerima kapal OPV ekoran beberapa masalah tertentu.

Walau bagaimanapun katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi jaminan bahawa agensi itu akan menerima sekurang-kurangnya sebuah kapal OPV pada tahun ini.