Sudah 20 tahun UEC diiktiraf: Majlis Peguam

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) mengiktiraf lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (URC) untuk menduduki Sijil Amalan Guaman (CLP) sejak hampir 20 tahun dulu.

Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata, individu yang mahu menduduki peperiksaan tersebut mesti memenuhi prasyarat.

Menurutnya, ia termasuklah memperoleh keputusan prauniversiti dan memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang dari institusi yang diiktiraf.

“Majlis Peguam ingin menekankan bahawa pengiktirafan UEC oleh LPQB adalah untuk tujuan spesifik dan sangat berfokus.

“Ia hanya membenarkan pemegang sijil (UEC) yang mempunyai kelayakan untuk menduduki CLP selepas semua prasyarat telah dipenuhi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kenyataannya memaklumkan CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’.

Menurut Tommy, ia akan bermula pada 1 Januari 2021 dan keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan beberapa pihak.

Begitu pun, kenyataan itu mendapat tentangan pelbagai pihak yang menganggap Tommy telah melangkau kuasa Kabinet dan Pasukan Petugas Khas Dasar UEC (PPDUEC) ditubuhkan Kementerian Pendidikan.

Artikel Berkaitan: