'Segera pinda hak warganegara anak lahir luar negara'

Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 pada Jumaat memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa pindaan terhadap Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hak kewarganegaraan diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu berwarganegara Malaysia.

Menerusi satu kenyataan, Suhakam berkata, pindaan itu bagi merealisasikan komitmen Malaysia yang kini merupakan negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap kesaksamaan gender serta pemenuhan hak terhadap kanak-kanak.

"Pada 23 November 2021, Majlis Raja-Raja telah memperkenan cadangan penubuhan Jawatankuasa Cadangan Pindaan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan (Jawatankuasa) dan mengambil maklum bahawa jawatankuasa dijangka akan membentangkan hasil konsultasi dan kajian dalam tempoh enam enam bulan.

"Bagaimanapun, tempoh enam bulan tersebut telah berlalu dan tiada sebarang pembentangan dibuat.

"Suhakam menegaskan bahawa pindaan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan tersebut amat mustahak untuk dilaksanakan dengan segera di Parlimen dan kelewatan dalam melaksanakannya adalah satu pengabaian terancang terhadap hak wanita dan kanak-kanak di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 pada Jumaat memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Menurut kenyataan itu, ketidakpastian status kewarganegaraan itu juga mengakibatkan ramai kanak-kanak terpaksa berpisah dari keluarga mereka dan mengakibatkan mereka mengalami tekanan mental.

"Ini tidak mencapai hasrat di sebalik semangat Keluarga Malaysia.

Wanita warganegara Malaysia juga terpaksa berhijrah ke negara ketiga kerana anak-anak mereka tidak diterima di Malaysia.

"Suhakam menyeru kerajaan untuk menyediakan penyelesaian kepada kepayahan ibu warganegara Malaysia dan anak-anak mereka untuk kekal sebagai satu keluarga," katanya.