30 peratus peserta Ladang Rakyat keluar paras kemiskinan

Mohd Zain (kiri) mengiringi Ahmad menyampaikan replika cek dividen kepada wakil Dewan Undangan Negeri ketika Himpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Pembahagian Dividen Ladang Rakyat Peringkat Ke-56 pada Sabtu

A
A
A

KOTA BHARU - Kira-kira 30 peratus peserta Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) berjaya keluar daripada paras kemiskinan sejak dilancarkan pada 2006 menerusi pelbagai program dilaksanakan kerajaan negeri.

Ketua Pegawai Operasi perbadanan itu, Mohd Zain Mat berkata, sehingga kini peserta sudah menerima dividen kira-kira RM161 juta dalam tempoh berkenaan.

Menurutnya, bagi 2022 sebahagian dividen sudah diagihkan iaitu kira-kira RM4 juta membabitkan 4,713 peserta dari seluruh negeri.

"Kita mengikut Enakmen Pembangunan Ladang Rakyat iaitu hanya melibatkan golongan asnaf supaya dapat keluar dari paras kemiskinan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Pembahagian Dividen Ladang Rakyat Peringkat Ke-56 pada Sabtu.

Peserta Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan membaca ikrar sempena Himpunan Perdana Peserta Ladag Rakyat Negeri Kelantan dan Pembahagian Dividen Ladang Rakyat Peringkat Ke-56 pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Zain turut memberitahu, peserta ladang kini sedang berusaha untuk meningkatkan hasil tanaman selepas menghadapi masalah pekerja sepanjang pandemik Covid-19.

"Dalam tempoh itu, pengeluaran kelapa sawit merosot sedangkan harganya meningkat. Jadi pendapatan sedikit terjejas.

"Bagaimanapun kini, keadaan semakin baik dan kelapa sawit juga sedang mengeluarkan hasil," katanya.