Tiada halangan sertai himpunan

A Rahman (empat, dari kiri) bergambar bersama graduan cemerlang Tesdec.
A Rahman (empat, dari kiri) bergambar bersama graduan cemerlang Tesdec.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penjawat awam di negeri ini yang menyertai perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diminta menjaga perilaku pada perhimpunan terbabit.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya berkata, kerajaan negeri tiada halangan kepada mereka yang ingin menyertai perhimpunan ICERD.

Beliau turut berkata, tiada cuti peristiwa bagi negeri Terengganu dan penjawat awam bekerja seperti biasa esok.

"Kerajaan negeri tiada mengeluarkan sebarang arahan berkenaan Perhimpunan ICERD tetapi kepada mereka yang pergi (perhimpunan) diminta menjaga imej sebagai kakitangan kerajaan.

"Mana-mana yang terlibat dengan salah laku akan diambil tindakan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam," katanya dalam satu sidang media sempena Majlis Graduasi Tesdec 2018, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: