Banjir Baling: 41 mangsa masih ditempatkan di dua PPS

Dua PPS dibuka di Baling susulan banjir kilat yang melanda pada malam Selasa. - Foto APM Kedah
Dua PPS dibuka di Baling susulan banjir kilat yang melanda pada malam Selasa. - Foto APM Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 41 mangsa daripada 12 keluarga yang terjejas dalam kejadian banjir kilat di lima buah kampung di Baling masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi pada Rabu.

Ketua Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, dua buah PPS tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Tengku Habsah Batu 7 dan Dewan Tun Abdul Razak yang dibuka pada malam Selasa.

"Sebanyak 41 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di dua PPS setakat jam 8 pagi di Baling yang dibuka semalam.

"Keadaan pagi ini di daerah Baling masih mendung dan tidak hujan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan hujan lebat selama beberapa jam telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di kuarters Hospital Baling dan beberapa kampung di Jalan Kroh-Baling.

Kawasan yang terlibat dengan banjir kilat adalah Kampung Rambong Batu, Kampung Bendang Sera, Kampung Jernang, Kampung Seratus dan Kampung Tanjung Langsat.