Lawatan Pelosi ke Taiwan, China umum operasi ketenteraan
ISTANBUL - China pada Selasa mengumumkan akan melancarkan 'siri operasi ketenteraan bersasar' sebagai respons kepada lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan.
"Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) akan melancarkan satu siri operasi ketenteraan bersasar untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah,” lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Pertahanan China.
Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Pelosi mendarat di Taiwan, kunjungan pertama daripada ahli politik berpangkat tinggi AS dalam tempoh 25 tahun.
China menganggap Taiwan sebagai 'wilayahnya yang terpisah'. Bagaimanapun, Taipei berkeras untuk kemerdekaannya sejak 1949.
PLA mengumumkan ia akan mengadakan operasi ketenteraan bersama di sekitar Taiwan melibatkan tentera laut dan udara dan tembakan artileri jarak jauh di Selat Taiwan serta ujian peluru berpandu konvensional bermula dari malam Selasa, lapor akhbar harian Cina Global Times.
Selain itu, tentera China juga akan menjalankan latihan kebakaran selama empat hari di enam wilayah sekitar Taiwan, mulai Khamis, kata akhbar itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!