JKNS rampas cecair vape bernilai lebih RM1.6 juta

JKNS merampas cecair vape disyaki mengandungi racun nikotin bernilai lebih RM1.6 juta sejak tahun 2019 hingga Julai lalu.
JKNS merampas cecair vape disyaki mengandungi racun nikotin bernilai lebih RM1.6 juta sejak tahun 2019 hingga Julai lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melalui Cawangan Penguatkuasaan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi (CPF JKNS) berjaya merampas cecair vape yang disyaki mengandungi racun nikotin bernilai RM1.6 juta sejak 2019 hingga setakat Julai lalu.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, sebanyak 32 kertas siasatan turut dibuka sepanjang tempoh terbabit.

Dr Sha'ari
Dr Sha'ari

Menurutnya, sejumlah 31 kes berjaya didakwa di mahkamah dengan jumlah denda berjaya dikutip sebanyak RM108,400.

"CPF JKNS sentiasa menjalankan tindakan penguatkuasaan yang berterusan ke atas sebarang aduan orang ramai berkaitan penjualan cecair vape mengandungi racun nikotin yang dikawal di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

"Sehubungan itu, JKNS ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebarang aduan berkaitan penjualan cecair vape bernikotin tersebut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) http://moh.spab.gov.my.

"Aduan juga boleh dibuat di mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.