PRK Rantau: Sokongan kaum Cina, India sokong pembangkang meningkat

Idris (tengah) bersama pimpinan dan AJK Pas Baling dalam sidang media di Pejabat Pas Baling
Idris (tengah) bersama pimpinan dan AJK Pas Baling dalam sidang media di Pejabat Pas Baling
A
A
A

BALING - Pembangkang yakin mampu meraih sokongan padu daripada semua kaum India dan Cina pada PRK Rantau.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, keyakinan itu dilahirkan sementelah melihat perkembangan mutakhir ini di mana kaum India dan Cina menunjukkan sokongan kepada kerjasama pembangkang.

"Untuk Rantau, mungkin boleh dapat sokongan lebih daripada kaum India, begitu juga Cina, mereka pun tahu perniagaan diusahakan semakin teruk, perniagaan ialah prioriti utama bagi mereka.

"Harapan mereka untuk lihat harga barang turun selepas GST dihapuskan juga tak berlaku, sebaliknya kos sara hidup semakin meningkat," katanya dalam sidang media di Kompleks Pas Baling.

Idris berkata, arus penolakan PH jelas dilihat terutamanya dalam konteks media sosial.

"Jika sebelum PRU14, mood rakyat menolak BN dan menyokong PH, kini sebaliknya berlaku.

"Baru-baru ini ada kajian yang dibuat satu badan berkecuali, hasilnya kita dapat lihat populariti pemimpin PH termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menurun, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurun daripada hampir 5 juta kepada 50,000 hingga 60,000 sahaja," katanya.

Mengulas kerjasama Pas dan UMNO, beliau berkata, perkara itu menjadi igauan kepada PH terutamanya komponen DAP.

Artikel Berkaitan:

"Ini satu kegerunan kepada DAP dan PH.

"Sebab itu apabila selesai mesyuarat perunding pada 4 Mac lalu, pemimpin DAP, Lim Guan Eng secara spontan keluarkan kenyataan kerjasama ini seperti satu 'pengisytiharan perang' kepada bukan Melayu, itu gambaran mereka takut," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang mendakwa 800,000 penyokong Pas akan keluar dari parti itu, Idris berkata, perkara tidak itu akan berlaku.

"Nak keluar macam mana, sedangkan Amanah sendiri tak ada ahli yang cukup untuk dilantik sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Kita juga nak tanya, adakah ahli Amanah sudah capai 100,000 bagi sasaran hujung 2017 seperti yang beliau sebut, pemimpin parti itu juga sebut setiap bulan 10,000 ahli Pas akan beralih kepada Amanah, sedangkan realiti kita tengok di bawah, mahu melantik MPKK pun tiada orang," katanya.