Siri jelajah Sinar Rovers dekati penduduk bermula Ogos

Pengunjung yang berjaya menjawab soalan dengan tepat daripada Sinar Rovers menerima hadiah.
Pengunjung yang berjaya menjawab soalan dengan tepat daripada Sinar Rovers menerima hadiah.
A
A
A

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Sinar Rovers akan memulakan siri jelajah ke seluruh tanah air bermula penghujung Ogos depan bagi mendekati masyarakat Malaysia menerusi pengisian program yang menarik.

Ketua Acara Sinar Karangkraf, Pett Fithry berkata, konvoi yang baru diadakan pertama kali itu akan mula bergerak ke negeri-negeri di selatan Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, ia bagi meneruskan perancangan program jelajah tersebut yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

"Sebelum ini kita memang jalankan siri jelajah, tapi memandangkan terdapat beberapa kekangan, jadi kita tangguhkan.

"Tapi kita akan sambung semula apa yang kita rancang sebelum ini dengan berkunjung ke negeri selatan Semenanjung Malaysia bermula penghujung Ogos depan," katanya kepada Sinar Harian di Pantai Morib di sini pada Sabtu.

Antara permainan yang disediakan oleh Sinar Rovers ialah seperti memanah, polo air, sepak bola ke dalam lubang dan bola keranjang.
Antara permainan yang disediakan oleh Sinar Rovers ialah seperti memanah, polo air, sepak bola ke dalam lubang dan bola keranjang.

Sinar Rovers yang melawat di Pantai Morib, di sini pada Sabtu turut menyediakan pelbagai aktiviti menari, di samping menawarkan hadiah kepada pengunjung yang menyertai permainan yang disediakan.

Pett berkata, antara jenis permainan yang disediakan ialah memanah, polo air, sepak bola ke dalam lubang dan bola keranjang.

Tambahnya, sesi soal jawab bersama para pengunjung turut diadakan, yang mana mereka turut ditawarkan hadiah menarik daripada Sinar Harian.

"Selain daripada pelbagai program permainan dan acara soal jawab, lawatan ini dibuat untuk mewar-warkan acara Fun Walk Sinar Harian 16 yang akan berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kuala Lumpur pada pagi Ahad," katanya.