Covid-19: 2,720 kes baharu, tiga kematian direkod

Jangkitan kes baharu Covid-19 menurun kepada 2,720 pada Ahad. - Gambar hiasan
Jangkitan kes baharu Covid-19 menurun kepada 2,720 pada Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 2,720 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,651,651 kes.

Sebanyak tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan dua daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 35,914 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 48,252 kes, dengan 46,632 atau 96.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 24 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,542 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 54 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 22 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 4,012 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut sebanyak 4,567,485 kes.