X

Kindly register in order to view this article
!

'Kalau tak ada, Alhamdulillah...'

Mohamad Hasan
A
A

SEREMBAN - "Kalau tak ada... Alhamdulillah," demikian respons calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menafikan cuba mengurangkan momentum kemenangan BN dalam dua PRK lalu.

Menurut Mohamad, beliau bukan mahu menuduh tetapi ia lebih kepada jangkaannya.

"Saya tak menuduh tapi sebagai kenyataan kerana saya jangka banyak orang yang nak supaya momentum 'feel good factor' BN ini perlu dihentikan atau diredakan dulu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas bertemu pengundi di Taman Kelab Tuanku, Rantau, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK DUN Rantau: SPR nafi mahu kurang momentum BN

PH nak hentikan momentum BN: Mohamad

Semalam, ketika berceramah di Taman Nusari Bayu 2, Mohamad mendakwa kelewatan pengumuman penamaan calon oleh SPR adalah kerana mahu mengurangkan momentum kemenangan BN di PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Bagaimanapun, SPR dalam satu kenyataan hari ini menafikan dakwaan tersebut sebaliknya pemilihan tarikh-tarikh penting PRK DUN Rantau mengikut kesesuaian setelah mengambil kira semua faktor yang berkenaan.

SPR juga memberi jaminan bahawa semua tindakannya tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau kecenderungan fahaman politik.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!