X

Kindly register in order to view this article
!

PH nak hentikan momentum BN: Mohamad

Ceramah Mohamad Hasan di Taman Nusari Bayu 2, Sendayan, malam ini. - Foto Adam Amir Hamzah
A
A

SEREMBAN - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ada sebab tersendiri untuk berkempen bersungguh-sungguh di PRK DUN Rantau.

Hal ini kerana, kata beliau, PH hanya mahu menang di kerusi ini bagi menghentikan momentum kemenangan BN di PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

"Pada PRU12 dan PRU13 saya tak pernah berkempen macam ini, tapi sekarang saya kena kempen. Sebab PH memang nak menang di DUN Rantau selepas kita dah menang di Cameron Highlands dan Semenyih.

"Mereka nak hentikan momentum itu. Bukan kerana kerusi Rantau tapi mereka sedaya upaya nak menghilangkan atau menghentikan momentum kebangkitan UMNO dan BN," katanya dalam ceramah di Taman Nusari Bayu 2, Sendayan, malam ini.

Menurut Mohamad, beliau juga hairan dengan 'kelambatan' tarikh penamaan calon diadakan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat.

"Selalunya kalau SPR mesyuarat minggu ini, minggu depan akan ada pencalonan. Tapi dia tunggu sebulan, sebab nak momentum kemenangan Cameron Highlands dan Semenyih itu mendatar atau pun hilang," dakwanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!