Penduduk terima pampasan rumah rosak
SEREMBAN - Lapan pemilik rumah di Taman Bukti Ampangan di sini, yang terjejas akibat kerja-kerja pengubahsuaian longkang menerima pampasan yang keseluruhan berjumlah RM369,100 daripada Kerajaan Negeri Sembilan.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, pemberian pampasan berkenaan diharap dapat membantu penduduk menampung kos pembaikan rumah mereka yang rosak.
"Disebabkan tiada jalan penyelesaian menyebabkan rumah penduduk lama kelamaan makin teruk dan membimbangkan dan atas rasa tanggungjawab serta prihatin atas berlaku, pampasan ini diberi," katanya pada majlis ringkas di sini, semalam.
Menurutnya jumlah pampasan adalah berbeza bergantung kepada jumlah kerosakan yang dihadapi iaitu paling rendah RM14,000 dan paling tinggi RM80,000.
Menurutnya, pihaknya juga sedang mengesan waris kepada pemilik salah sebuah rumah yang telah pun meninggal dunia.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Hampir bedah 'Kasim Selamat' sendiri, suri rumah syukur ada doktor tawar bantuan
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
ADUN kena jadi 'hos' promosi tempat menarik
Akmal Saleh berang tindakan cantum logo UMNO, DAP
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
'Jambatan gantung, tempat kami lepas rindu pada Kak Ngah'
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal