Polis kesan suspek pecah kedai

Lelaki ini diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan
Lelaki ini diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan
A
A
A

BESUT - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk dan mencuri di sebuah pasar raya di Kampung Padang Luas dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek dipercayai memecah masuk ke dalam pasar raya tersebut setelah mengumpil pintu hadapan kedai kira-kira jam 4 pagi.

Menurutnya, perbuatan suspek yang menutup kepala dan mukanya dengan beg plastik jernih dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di dalam pasar raya.

“Kejadian disedari pengurus pasar raya ketika mahu membuka pasar raya itu kira-kira jam 7 pagi kelmarin apabila mendapati pintu hadapan telah diumpil.

“Pemeriksaan di dalam kedai, pengurus lelaki berusia 28 tahun itu mendapati pelbagai jenis rokok yang berada berhampiran kaunter bayaran bernilai kira-kira RM4,000 telah hilang,” katanya.

“Sehubungan itu polis meminta lelaki yang dirakam dalam CCTV itu agar tampil untuk membantu siasatan manakala orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran dengan segera,” katanya.

Kes disiasat menurut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: