Langkah penjimatan berkuat kuasa serta-merta

Kerajaan harus melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat. (Gambar kecil: Asri)
Kerajaan harus melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat. (Gambar kecil: Asri)
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun dan syarikat jaminan kerajaan (CLBG) diarah melakukan penjimatan dengan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon menerusi laporan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam berkata, perbelanjaan bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.

“Dengan itu, kerajaan seharusnya melaksanakan langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat.

“Program dan aktiviti yang dirancang perlu disusun semula dengan sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun ini.

“Pastikan tidak membuat trade-off ke atas program dan aktiviti yang fokuskan kepada kesejahteraan rakyat,” katanya dalam dokumen sembilan muka surat dikeluarkan pada Jumaat.

Baca berita penuh di Sinar Premium.