Polis cari dua individu

Wei Khoon, Azwind Fitri
Wei Khoon, Azwind Fitri
A
A
A

ALOR SETAR - Pihak polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua individu bagi membantu memberi keterangan di Mahkamah Alor Setar.

Individu pertama seorang pembantu kedai dikenali sebagai Cheng Wei Khoon, 23, dengan alamat terakhirnya di Nombor 45, Batu 17, Jalan Kodiang, Jitra.

Wei Khoon dikehendaki memberi keterangan di mahkamah sesyen di sini di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Azwind Fitri Hassan Sauri, 30, yang juga seorang penganggur turut dikehendaki untuk memberi keterangan di mahkamah tinggi mengikut Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Alamat terakhir beliau adalah di Nombor 25, Kampung Tempoyak MK Air Puteh, Pendang.

Orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkaitan kedua-dua individu terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Inspektor Wilson di talian 011-26275814.

Artikel Berkaitan: