[VIDEO] Ibu, anak mangsa kelar dikebumi satu liang lahad

Bapa mangsa, Rosman Ahmad (duduk kanan) dan ahli keluarga serta kenalan semasa membaca talkin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, pada Selasa.
Bapa mangsa, Rosman Ahmad (duduk kanan) dan ahli keluarga serta kenalan semasa membaca talkin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, Kampung Bakar Batu di sini ketika jenazah wanita dan bayinya yang maut dikelar dikebumikan pada Selasa.

Jenazah Hajar Nurasyahirin Rosman, 26, dan bayinya, Hans Mohd Thakif Amir yang berusia tiga bulan tiba di kawasan perkuburan itu pada jam 7.50 malam selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Bakar Batu.

Kira-kira 100 ahli keluarga, saudara, rakan, kenalan dan penduduk hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua beranak itu yang disemadikan dalam satu liang lahad pada jam 8.10 malam.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari Isnin, suspek yang berusia 24 tahun mengelar Hajar Nurasyahirin dan Hans Mohd sebelum meninggalkan mereka dan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Kedua-dua mangsa ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di luar rumah pasangan tersebut di jalan tersebut.