KWSP buka cawangan baharu di Kwasa Damansara

Cawangan baharu KWSP di Kwasa Damansara.
Cawangan baharu KWSP di Kwasa Damansara.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuka cawangan baharu di Kwasa Damansara yang terletak di Menara KWSP di Persiaran Kwasa Utama, Kwasa Damansara, di sini.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pejabat cawangan baharu ini dibuka setiap Isnin sehingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Waktu operasi kaunter di cawangan pula bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

“Pejabat baharu ini melengkapkan rangkaian cawangan KWSP di Shah Alam serta menawarkan perkhidmatan kepada ahli dan majikan bagi urusan berkaitan pendaftaran, penamaan, pengeluaran serta khidmat nasihat persaraan,” katanya pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, KWSP kini mengendalikan sejumlah 68 cawangan di keseluruhan enam wilayah utama di Malaysia.

“Ahli dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau kunjungi mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan KWSP,” katanya.