Sila log masuk terlebih dahulu.

Selangor ganti setiap penyahwartaan hutan

Amirudin semasa berucap pada Ceramah Jelajah Harapan Selangor Peringkat Daerah Kuala Selangor di Padang Kampung Permatang pada Sabtu.
Amirudin semasa berucap pada Ceramah Jelajah Harapan Selangor Peringkat Daerah Kuala Selangor di Padang Kampung Permatang pada Sabtu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Kerajaan Selangor membuat ketetapan setiap penyahwartaan hutan di negeri itu perlu penggantian semula di kawasan lain yang lebih bersesuaian.

Mentari Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan kawasan hutan di negeri ini terus bertambah.

"Misalnya, setiap kali kita (kerajaan Selangor) ambil (kawasan hutan) satu ekar, kita ganti dua ekar," katanya semasa berucap pada Ceramah Jelajah Harapan Selangor Peringkat Daerah Kuala Selangor di Padang Kampung Permatang di sini pada Sabtu.

Amirudin berkata, ketetapan itu juga turut dilaksanakan dalam pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.

Jelas beliau, penggantian tanah rizab Melayu juga lebih banyak daripada kawasan yang telah diambil kerajaan negeri.

"Walaupun kita kena ganti lebih dua atau tiga ekar, tetapi ia dilakukan untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat," jelasnya.

Artikel Berkaitan: