Selangor diramal hujan sehingga Jumaat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Hujan serta ribut petir diramalkan berlarutan sehingga Jumaat ini di beberapa kawasan di Selangor.

Menerusi laman sesawang Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) yang memaparkan beberapa kawasan dijangka mengalami keadaan tersebut sepanjang pagi dan petang.

Kawasan yang dijangka mengalami hujan dan ribut petir antaranya Hulu Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Sepang, Hulu Langat serta Petaling.

Bagaimanapun ramalan yang dikeluarkan menunjukkan tiada hujan pada waktu malam.

Dalam pada itu, status gelombang haba sehingga 4.30 petang semalam mendapati suhu maksimum di Selangor kurang daripada 35 darjah celcius.

Artikel Berkaitan: