Gajah muncul depan rumah

Laporan Sinar Harian mengenai gajah yang semakin kerap muncul sehingga memusnahkan tanaman penduduk di Kampung Tok Uban, Lata Rek di sini.
Laporan Sinar Harian mengenai gajah yang semakin kerap muncul sehingga memusnahkan tanaman penduduk di Kampung Tok Uban, Lata Rek di sini.
A
A
A

KUALA KRAI - Sejak kebelakangan ini, tercetus konflik antara manusia dan gajah apabila haiwan liar tersebut semakin kerap muncul sehingga memusnahkan tanaman penduduk di Kampung Tok Uban, Lata Rek di sini.

Lebih membimbangkan apabila 20 ekor gajah liar tersebut mula berani masuk ke kawasan kediaman penduduk sejak Mei lalu sehinggakan ia dapat dilihat secara jelas menerusi jendela rumah.

Tindakan haiwan berkenaan dipercayai berpunca daripada kawasan ‘kediamannya’ diceroboh sekali gus menyaksikan gajah-gajah itu hilang arah dan masuk ke penempatan penduduk untuk mencari makanan.

Saiz gajah yang besar dan berat mencecah sehingga dua tan itu menyebabkan penduduk kampung trauma selain berada dalam ketakutan apabila melihat secara dekat haiwan berkenaan.

Baca laporan penuh berita ini di Sinar Premium.