Kesusahan tiga keluarga dapat perhatian

Wan Yusrizal (kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai selain barangan keperluan.
Wan Yusrizal (kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai selain barangan keperluan.
A
A
A

BULUH GADING - Kesusahan tiga keluarga sekitar Bukit Petiti di sini, mendapat perhatian Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'l dalam lawatan diadakan di kampung berkenaan.

Wan Yusrizal yang mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meluangkan masa untuk menziarah keluarga berkenaan termasuk dua warga emas mengidap pesakit kronik.

Warga emas terbabit, Chik Salleh, 72, juga ibu tunggal mengidap penyakit kencing manis yang kronik dan tidak dapat untuk menguruskan diri seterusnya terpaksa bergantung kepada dua orang anaknya.

Seorang lagi pesakit, Mamat Said, 79, pula mengalami masalah saraf dan sebelum ini mendapatkan rawatan serta ditempatkan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebanyak dua kali.

Wan Yusrizal turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan makanan kepada keluarga terbabit.

Beliau berkata, program lawatan seperti ini bukan satu program bermusim sebaliknya ia dilakukan secara berterusan bagi membantu penduduk yang memerlukan sokongan dan perhatian.

"Lawatan kali ini diadakan di Bukit Petiti dalam kawasan Dun Buluh Gading melibatkan penduduk yang memerlukan bantuan. Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus beri sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada tiga keluarga ini.

"Kita juga sentiasa berharap supaya mereka yang menerima ujian ini diberi pertolongan, kekuatan dan semangat oleh ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan: