Jika Pas-UMNO bersatu, Islam dapat dipertahan

Orang ramai berswafoto bersama Najib (tengah) sebelum perasmian Gegar Boksing Pantai Timur malam tadi.
Orang ramai berswafoto bersama Najib (tengah) sebelum perasmian Gegar Boksing Pantai Timur malam tadi.
A
A
A

BACHOK - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan jika Pas dan UMNO bersatu, Islam dapat dipertahan sekaligus membolehkan gabungan itu menang dalam pertandingan pilihan raya.

Katanya, beliau tetap mahu melihat Pas dan UMNO bersatu kerana gabungan ini mampu menjamin masa depan politik yang lebih baik.

"Saya dah lama mengesyorkan kerjasama Pas-UMNO ini kerana inilah jaminan masa depan kita. Jika Pas-UMNO bersatu, Islam dapat kita pertahankan, jika kita serasi, kita akan menang dalam pertandingan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Gegar Boksing Pantai Timur anjuran Big Brothers di Pantai Irama, malam tadi.

Sementara itu, Najib berkata, kehadirannya kali ini atas platform Bossku yang tidak dikawal kuasa politik.

"Bossku melambangkan rakyat yang mana pilihan rakyat tidak dapat dihalang," katanya.

Artikel Berkaitan: