Ulam pahit untuk detoks

ulam
ulam
A
A
A

KITA terlalu banyak makan makanan berproses dan mengandungi transfat, sehingga menyebabkan tubuh menjadi letih dan mengumpulkan banyak toksin dalam hati dan ginjal.

Selalunya kita tidak merasa kesan negatif pemakanan sebegini sehingga kita berusia 40-an.

Organ utama yang membersihkan toksin dalam tubuh adalah hati. Toksin ini diproses sebelum dikeluarkan semula dalam darah, akan mencederakan sel-sel dalam ginjal ketika "penapisan" dilakukan, sebelum toksin-toksin ini dikeluarkan melalui air kencing.

Oleh itu semakin banyak makanan yang tidak berkhasiat kita makan, maka bertambah banyaklah toksin yang terpaksa dibersihkan dalam hati, akhirnya hati akan menjadi "penat" dan tidak berfungsi dengan baik. Dan terlalu banyak toksin menyebabkan sel-sel ginjal yang akan cedera.

Salah satu cara merawat sel-sel hati dan ginjal adalah dengan cara mengambil banyak sayur-sayuran dalam bentuk ulam dalam makanan.

Antara ulam dicadangkan adalah yang berasa pahit.

Rasa pahit pada sayur-sayuran selalu dikaitkan dengan sebatian alkaloid yang melindungi sayur-sayuran ini daripada dimakan haiwan.

Namun begitu, sedikit rasa pahit dalam sayur-sayuran ini sangat penting dalam proses perawatan dan ditoksifikasi. Ulam-ulaman ini harus diambil dengan minum air secukupnya.

Artikel Berkaitan:

Contoh ulaman yang baik dimakan adalah ulam raja, petola, peria, daun selom, pucuk ubi dan banyak lagi..

Ambil secara bersederhana, bersilih ganti dan dengan air yang mencukupi.

Jom amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad