Hati-hati terima SMS, WhatsApp nombor tidak dikenali - Fahmi

Hantaran Facebook Fahmi.
Hantaran Facebook Fahmi.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sekiranya menerima sistem pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp daripada nombor tidak dikenali.

Peringatan itu penting katanya, bagi mengelak diri menjadi mangsa penipuan.

"Hati-hati bila terima mesej dalam SMS atau WhatsApp seperti ini, dari nombor yang tak dikenali, terutama kalau kita diminta klik link (pautan) yang kononnya rasmi, tapi sebenarnya scam.

"Scammer akan cuba curi info kita dengan macam-macam muslihat dan tipu daya," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam masa sama turut menggesa semua pihak supaya tidak melayan panggilan atau apa sahaja bentuk komunikasi daripada nombor yang tidak dikenali.