Ismail Sabri doakan Agong segera sembuh
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dikurniakan kesembuhan segera.
"Didoakan jua semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan untuk terus menaungi Negara. Dirgahayu Tuanku," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau pada Selasa.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki.
Bagaimanapun kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan. - Bernama
Patik dan seluruh Keluarga Malaysia sekalian mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang...
Posted by Ismail Sabri Yaakob on Monday, June 20, 2022
Daftar Pemilih Tambahan April 2024 sudah dibuka, boleh mula semak
Kawalan keselamatan negara di tahap tertinggi - PDRM
LBS kekal prestasi kewangan kukuh Q1FYE2024
20 hari untuk memuktamad pegangan ekuiti dalam DNB
Pramugari MAS meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo
'Teresa jangan sebut nama saya' - Ka Siong
Lubnan berkabung tiga hari
Lelaki ditemukan rentung atas katil