Tong gas meletup, pekerja kedai makan melecur

Kejadian letupan dipercayai berlaku akibat kebocoran pada gas memasak di sebuah kedai makan di Saujana Utama di sini pada Isnin.
Kejadian letupan dipercayai berlaku akibat kebocoran pada gas memasak di sebuah kedai makan di Saujana Utama di sini pada Isnin.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang remaja nyaris maut apabila tong gas di sebuah kedai makan di sini meletup dalam kejadian di Saujana Utama di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, mangsa berumur 18 tahun yang merupakan pekerja di kedai makan tersebut telah melecur akibat kejadian.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 12.31 tengah hari.

"Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 12.57 tengah hari.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak sehingga mengakibatkan berlakunya letupan melibatkan kemusnahan sebanyak 30 peratus," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, letupan turut mengakibatkan kebakaran kecil di kedai makan tersebut.

"Kebakaran bagaimanapun telah dipadamkan sebelum kehadiran anggota bomba," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Puncak Alam bagi rawatan lanjut.