Exco Pulau Pinang cedera diserang

Jagdeep
Jagdeep
A
A
A

GEORGETOWN - Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kedai di Tanjung Bungah, di sini pada Jumaat lalu.

Jagdeep, 51, mengalami kecederaan pada pergelangan kaki selepas dia dikatakan terjatuh dalam insiden yang berlaku sekitar jam 8.30 malam itu.

Difahamkan ketika berada di kedai itu, Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat didatangi seorang lelaki warga asing dan menolak mangsa sehingga jatuh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki mangsa.

Berikutan kecederaan dialami, Jagdeep kini dirawat di sebuah hospital swasta dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan seorang suspek telah ditahan berhubung kes itu.

Katanya, suspek direman dua hari bagi membantu siasatan.